• Welcome to Faculty of Law
  • law@um.edu.my
  • 03-7967-6503 / 6504
logo
logo

TAHNIAH!
Seluruh warga kampus Universiti Malaya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Seri Profesor Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman atas pelantikannya sebagai Naib Canselor Universiti Malaya ke-14.

YBhg. Dato’ Seri Profesor Ir. Dr. Noor Azuan, seorang pakar biomekanik yang telah mendapat pengiktirafan dalam Anugerah Akademik Negara (AAN) kali ke-14 (Kategori Inovasi dan Pengkomersialan Produk), adalah merupakan Profesor di Jabatan Kejuruteraan Bio-Perubatan, Fakulti Kejuruteraan.
Beliau merupakan graduan Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekanikal daripada University of Bradford, United Kingdom serta mendapatkan pengijazahan dalam peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang biokejuruteraan daripada University of Strathclyde, United Kingdom.
Beliau juga merupakan mantan Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan juga merupakan mantan Pemangku Pendaftar Universiti Malaya.

Warga kampus berbesar hati mengalu-alukan kedatangan YBhg. Dato’ Seri Profesor Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman kembali ke kampus sebagai Naib Canselor UM ke-14.

Highlights