• Faculty of Law
  • law@um.edu.my
  • 03-7967-6503 / 6504
logo
logo
 

Klinik Bantuan Guaman Universiti Malaya

Programme Code: LIB

Kami merupakan Klinik Bantuan Guaman Universiti Malaya.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Klinik Bantuan Guaman Universiti Malaya kini dibuka. 

We are Klinik Bantuan Guaman Universiti Malaya.
Assalamualaikum and welcome, Klinik Bantuan Guaman Universiti Malaya is now open
.

 

Kami adalah Klinik Bantuan Guaman Universiti Malaya (KBGUM) dan klinik kami bertempat di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya. Klinik ini dikendalikan oleh pelajar undang-undang tahun ketiga dan tahun akhir dan kami diselia oleh kakitangan akademik dan juga peguam yang menjalankan amalan profesional.

We are Klinik Bantuan Guaman Universiti Malaya (KBGUM) and our clinic is located in the Law Faculty, Universiti of Malaya. This clinic is run by third and final year law students and is supervised by academic staff as well as professional lawyers. 


Perkhidmatan Kami?

Anda akan menerima temujanji untuk selama maksimum 45 minit bersama dengan empat orang Penasihat (“Student Adviser”) kami dan seorang Penyelia (“Supervisor”) yang ditugaskan. Dalam tempoh 14 hari bekerja selepas sesi temujanji, nasihat undang-undang yang menggariskan kekuatan kes anda dan pilihan jalan penyelesaian yang sesuai dengan kes anda akan diberi melalui sesi pemberian nasihat selama maksimum 45 minit. Sekiranya kes anda rumit, kami mungkin memerlukan lebih daripada 14 hari bekerja.
Kami tidak boleh mewakili kes di mahkamah tetapi kami boleh merujuk kes anda kepada badan-badan perundangan yang boleh mewakili anda dengan fi yang minima. Badan-badan perundangan ini juga mempunyai proses penilaian tersendiri dalam menerima kes-kes untuk diwakili. Oleh yang demikian, kami tidak memberi jaminan bahawa badan-badan perundangan tersebut akan mengambil kes anda.
Kami mendengar dan memberi nasihat awal berkaitan dengan permasalahan undang-undang anda untuk membolehkan anda menilai kekuatan kes anda sebelum meneruskan langkah seterusnya. Namun, kami hanya tidak boleh memberi temujanji susulan setelah anda telah menerima nasihat tetapi kami boleh memberi anda maklumat di mana anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat selanjutnya. Oleh yang demikian, anda dikehendaki untuk memberi segala maklumat berkaitan kes anda dengan selengkapnya ketika temujanji diberi.


You will receive an appointment of a 45-minute-maximum with 2 of our student advisers and one supervisor-in-charge. In a period of 14 working days after the appointment, legal advice that outlines the strength of your case and an appropriate solution will be given in a 45-minute-maximum legal advise session. If your case is complex, we will require more than 14 working days.


We cannot represent your case in court but we can refer you to legal bodies that can represent you for a minimum fee. However, these legal bodies also have their own assessment process, thus we cannot guarantee these aforementioned legal bodies will take your case.
We listen and give early-on advise regarding your legal troubles to help you assess the strength of your case before taking any further action. Please take note that we cannot give follow-up appointments after you have received legal advice. However, we can provide you further information, therefore is adviseable for you to provide all important information regarding your case during the provided appointment.


Polisi Kerahsiaan?

Semua kakitangan dan pelajar yang terlibat dalam urusan Klinik Bantuan Guaman adalah tertakluk kepada peraturan berhubung kerahsiaan, yang mana identiti serta maklumat kes para klien adalah dilindungi dan tidak akan didedahkan kepada pihak awam tanpa kebenaran pihak klien.

All staff and students involved in Klinik Bantuan Guaman are subjected to all rules relating to privacy, where the identity and details of clientele are protected and would not be publicly disclosed without the consent of our clientele.



AKSES

Akses Melalui LRT:
Melalui Laluan Kelana Jaya, stesen K19 (Stesen KL Gateway - Universiti)
 

Akses Melalui Bas:
Bas T789 : Bukit Angkasa ke Universiti Malaya (dari Stesen KL Gateway - Universiti)

Akses Melalui Lebuhraya Persekutuan:
a) Dari arah Shah Alam/Klang/Subang Jaya: 
Selepas pintu gerbang sempadan antara Selangor dan Kuala Lumpur, keluar ke arah Universiti Malaya/ Menara TM/ Jalan Pantai Baharu/ Jalan Bangsar. Selepas melalui dua lampu isyarat, akan kelihatan Masjid Ar-Rahman di sebelah kiri, pastikan anda di laluan kiri jalan (di bawah jejambat/ flyover). 
Dari sana, ikut laluan ke kiri untuk ke Universiti Malaya. 
Fakulti Undang-Undang adalah bangunan kedua  di sebelah kiri anda.


b) Dari arah Kuala Lumpur: 
Selepas melalui bangunan Angkasapuri di sebelah kiri, keluar ke laluan Kg. Kerinchi/Jln. Pantai Baharu/Jln. Bangsar. 
Terdapat lampu isyarat dan tanda arah arah ke Universiti Malaya/ Menara TM/ Jalan Pantai Baharu/ Jalan Bangsar.
Belok ke kanan di lampu isyarat tersebut dan ikut tanda arah ke Universiti Malaya. 
Akan kelihatan Masjid Ar-Rahman di sebelah kiri anda, pastikan anda di laluan kiri jalan (di bawah jejambat/ flyover). 
Dari sana, ikut laluan ke kiri untuk ke Universiti Malaya. 
Fakulti Undang-Undang adalah bangunan kedua  di sebelah kiri anda.

Access via LRT
Through the Kelana Jaya line, Station K19 (Stesen KL Gateway - Universiti)


Access via Bus
Bus T789 : Bukit Angkasa to Universiti Malaya (from Stesen KL Gateway - Universiti)

 

Access via the Federal Highway
a) From Shah Alam/Klang/Subang Jaya
After passing the gate on the Selangor - Kuala Lumpur border, head to Universiti Malaya/ Menara TM/ Jalan Pantai Baharu/ Jalan Bangsar. After passing two traffic lights, the Masjid Ar-Rahman will appear on the left. Ensure you are on the left-most lane.
From there, follow the left lane into Universiti Malaya. The Law Faculty will be the second building on your left.


b) From Kuala Lumpur
After passing the Angkasapuri building on your left, exit to Kg. Kerinchi/ Jln. Pantai Baharu/ Jln Bangsar.
There will be a traffic light and signboard directing to Universiti Malaya/ Menara TM/ Jalan Pantai Baharu/ Jalan Bangsar. At the said traffic light, exit right and follow the signboard directing to Universiti Malaya. Masjid Ar-Rahman will appear on your left. From there, ensure you are on the left-most lane and follow said lane into Universiti Malaya.
The Law Faculty will be the second building on your left

 

 

Community Outreach Program

Sebagai sebahagian daripada program klinikal dan kemasyarakatan di Fakulti Undang-Undang, program celik undang-undang juga dijalankan oleh para pelajar melalui Community Outreach Programme.

Program ini dijalankan secara sukarela oleh sekumpulan pelajar yang terlatih dengan menggunakan teknik pengajaran yang menarik dan interaktif. Pengajaran undang-undang dilaksanakan mengikut keperluan kelompok masyarakat yang terlibat, contohnya isu-isu undang-undang berkaitan fitnah, buli di sekolah dan undang-undang jenayah.

Antara organisasi yang telah menerima manfaat daripada program ini adalah  Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekolah-sekolah menengah dan rendah di sekitar Petaling Jaya, serta para pekerja migran Indonesia. Program ini turut menjalinkan kerjasama dengan institusi-institusi pengajian dalam dan luar negara, termasuklah Universiti Teknologi MARA, Universitas Pasundan (Bandung, Indonesia), Universitas Pancasila (Jakarta, Indonesia) dan Prince of Songkhla University (Hat Yai, Thailand) dan Universitas Indonesia (Jakarta, Indonesia).


Legal awareness programs are also run by students through the Community Outreach Programme.  This forms a part of our clinical and community service at the Law Faculty.

The voluntary programme is run by students trained in interactive teaching methods. The programme is designed to meet societal needs, for example to provide legal awareness regarding defamation, bullying in schools, as well as issues relating to criminal law.

Jabtan Penjara Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, high schools and primary schools in the Petaling Jaya area, as well as Indonesian migrant workers are among the parties who have benefited from this programme. The programme also recevies support and and the co-operation of other university institutions, including Universiti Teknologi MARA, Universitas Pasundan (Bandung, Indonesia), Universitas Pancasila (Jakarta, Indonesia), the Prince of Songkhla University (Hat Yai, Thailand), and Universitas Indonesia (Jakarta, Indonesia).


 

Had Perkhidmatan 

Disebabkan perkhidmatan terhad, kami tidak mengambil kes-kes seperti berikut:
1.    Kes yang membawa hukuman mati
2.    Kes jenayah seksual
3.    Kes conveyancing
4.    Mana-mana kes yang telah diwakili peguam
5.    Mana-mana kes yang mempunyai konflik kepentingan
6.    Kes kemalangan 


Due to several limitations, we cannot take these cases:
1.    Cases involving the death penalty
2.    Sexual crimes
3.    Conveyancing cases
4.    Cases already represented by a lawyer
5.    Cases that we have a conflict of interest
6.    Accident cases

 

Carta Aliran Proses Bantuan 

Temujanji

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan nasihat undang-undang daripada kami, anda boleh membuat temu janji dengan menghubungi kami. Kami hanya memberikan perkhidmatan setelah temu janji dibuat. Anda boleh menghubungi kami melalui panggilan telefon 03-7967 6506 ataupun melalui emel legalaid@um.edu.my

If you are interested in our services, you may make an appointment by contacting us. We will only give service after an appointment is made. You can contact us via phone call or e-mail 


 

Apa Yang Perlu Dibawa 

Kami tidak dapat memberikan khidmat nasihat melainkan anda memberikan kami maklumat kes yang lengkap dan dokumen-dokumen berkaitan dengan kes anda.

Anda perlu memberikan salinan dokumen-dokumen berkaitan dengan kes anda pada atau sebelum temujanji dengan KBGUM.

Sekiranya anda membekalkan dokumen-dokumen tersebut lewat dari tarikh yang ditetapkan, maka tempoh 14 hari bekerja hanya akan bermula daripada tarikh penerimaan dokumen-dokumen tersebut.

Sekiranya dua minggu sudah berlalu daripada tarikh temujanji dan kami tidak menerima dokumen-dokumen seperti mana yang diminta, kami akan menutup kes anda. Kami juga tidak akan menetapkan tarikh temujanji yang baru sehingga jelas bahawa anda boleh membekalkan kepada kami salinan dokumen-dokumen tersebut.

Sebagai persetujuan penerimaan perkhidmatan kami, anda dikehendaki menandatangani terma dan syarat perkhidmatan kami dan menyerahkan sesalinan terma dan syarat perkhidmatan tersebut kepada kami. Salinan terma dan syarat perkhidmatan hanya akan diberikan setelah anda berjaya mendaftar sebagai klien kami

We cannot provide legal advise unless you have provided full information and all the relevant documents relating to your case.

You are asked to provide a copy of the relevant documents relating to your case during or prior to your appointment with KBGUM.

If you provide the documents later than the prescribed dates, then the 14 working day duration will only commence upon the receiving date of said documents.

If two weeks have passed since the appointment and we have yet to receive said copy of the documents, then your case will be closed. We will not set a new appointment unless it is clear that you can provide said documents.As per the agreement to receive our service, you will be required to sign our terms and conditions and provide us a copy. A copy of our terms and agreement will only be provided after you have successfully registered as a client.

 
Klinik Bantuan Guaman,
Fakulti Undang-Undang,
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur.
Telephone: 03-79676506
Email: legalaid@um.edu.my

Last Update: 14/05/2024