• Welcome to Faculty of Law
  • law@um.edu.my
  • 03-7967-6503 / 6504
logo
logo

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

  • Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  • Fakulti : Fakulti Undang-Undang
1. Jadual Gaji

(Gaji Pokok:)

Gaji Minimum: RM1,352.00

Gaji Maksimum: RM4,003.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00

(Elaun)

a. Imbuhan Tetap Khidmat Awam: RM115.00

b. Imbuhan Tetap Perumahan: RM300.00

c. Bantuan Sara Hidup: RM350.00

2.SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia; dan
b. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c        i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau

         ii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau

        iii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80)

3.SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4.DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

**Calon yang berkebolehan dalam bidang IT dan multimedia akan diberi keutamaan.

Permohonan boleh di hantar memalui email fareha@um.edu.my 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 8 Jun 2023.

Highlights